Wednesday, August 1, 2012

Jalan – jalan ke Negeri Cik Siti Wan Kembang - Last episode

Assalamualaikum

Okey….hari ni Ain berkesempatan untuk sambung entri  ni. Kalau nak tau kisah ape boleh baca  kat sini Part 1 & Part 2. Da penat baca ehhh ??? Ada ke orang baca ??? Kalau tak ada pun tak apa. Ni coretan kenangan  untuk Ain. Ain yang baca. Kalau ada orang yang nak baca Ain ucapkan terima kasih sebab sudi datang ke blog Ain. 

Ain naik dari Stesen Wakad Baru & turun  di Stesen Triang. Stesen Triang dekat  dengan rumah Ain.  Ni la sebab Ain pilih untuk balik naik keretapi. Tiket Ain pukul 7.15 pg, so Ain keluar awal dari rumah kakak, lebih kurang pukul 6.30 pagi. Walaupun biasanya pagi-pagi area Kelantan lengang je jalannya, kitorang prefer keluar awal.


Nih last pic sebelum camera Ain 'mati'. Yang duduk tu my Mom, Ejan & Me. Pakcik kat sebelah tak terlibat yer dalam cerita ni... hehehe

Waktu Ain sampai,  ramai da yang menunggu. Pelancong pun ade jugak. Ain tak sempat nak amik picture banyak. Bateri kamera da nyawa-nyawa ikan je. Keretapi sampai tepat waktu. Haaaa…part keretapi sampai ni ada sumthing yang menarik, waktu keretapi tu da nak sampai, ade seorang staf KTMB akan pegang 1 token dan dia akan tunggu kat tepi platform, bila keretapi sampai staf KTMB yang ada dalam keretapi akan sambut token tu. Haaaa….dalam Majalah 3 ada kisah passing - passing token ni. Waktu episod penutupan Stesen Tanjung Pagar.  Bila dapat tengok real ni best pulak. Mat saleh siap  amik gambar lagi. Ain lak nan hadooo…..camera da mati…

token KTM

Macam ni la acara passing token yang ain bagitau tu. Ni contoh ain amik dr Google. Haaaa.....ramai orang amik gambar waktu passing token ni. Susah nak jumpa melainkan kita naik keretapi. 

Lepas tengok aksi passing - passing token, Ain pun naik la. Haaa….ni lagi 1 tip nak naik keretapi. Pastikan kita cek ye kat tiket, kita naik kat gerabak yang mane. Pastu berdiri teguh la kat kawasan menunggu tu. Pihak KTMB ada letak signboard kecil / tiang yang ber label kod gerabak di platform menunggu. Kalau naik gerabak lain jenuh la nak bawa beg. Silap – silap kita boleh jatuh bila keretapi da start bergerak. 

Ain memang agak nervous waktu naik hari tu,  sebab bawa banyak barang. Dengan beras Siam, buah mangga tak tau berapa kilo sebab beli je…Muraaah Okeyyy, keropok, kain pasang, beg pakaian lagi. Da boleh bukak gerai mini dalam keretapi. Hehe…

Kalau ikut plan Ain nak naik keretapi yang ada katil. Tapi keretapi yang ada katil ni tak ada untuk perjalanan waktu siang. Kene duduk la dari Kelantan sampai ke Pahang. Ape yang best naik keretapi ni ??? Hehehe…banyak…manis ada…kelakar pun ada. Setiap tempat duduk ada disediakan meja untuk Makannn. Itu yang best nyer…Ain kan Food Lover. Tapi ni 1st time Ain naik keretapi, Ain makan 1 round je. Ada akak depan Ain sempat makan 3 round.  Mungkin dia da biasa naik keretapi kot. Perut Ain lambat hadam kot sebab rasa bila duduk dalam keretapi rasa macam duduk dalam buaian je. Hihihi….Sambil makan boleh tengok permandangan hutan ….sejuk je mata. Walaupun tenang,  Ain tak dapat tido…sebab budak belakang Ain bising je. Siap main kejar – kejar lagi dalam keretapi tu. Lagi satu dia siap boleh panggil Ain KAKAK GEMUKS  !!!! Sabo je la. Walaupun nenek dia GEMS jugak. Tapi Ah-kah jugak dia nampak gemuk. Gemuk – gemuk ah-kak pun bodyshape cun tau !!!! hihihi sempat lagi kan.

Hahhh….lagi satu, dalam gerabak Ain duduk tu ada orang jual makanan. Kalau tak bawa bekal boleh beli. Macam-macam ada, jajan, nasi berlauk, air kotak, air mineral, kacang rebus, buah potong.  Penjual tu akan jalan dari 1 gerabak ke gerabak lain. Pilih aje nak makan apa…pastu bayar.

Bila da makan kita buat ape pulak ??? Cer teka Cer  teka sambilmatakelipkelip. Hehehe…..Kalau Ain, mesti la nak membuang kan. Haaaaa… Dalam keretapi memang semua sedia maklum ada tandas kan. Kecik je saiz tandas tu. Apa yang Ain perasan di pintu tandas tu da siap bagi amaran.  'Dilarang menggunakan tandas ketika keretapi berhenti' Korang rase sebab apa ??? Lu fikir la sendiri bak kata Nabil…. Hehehehe….

Alhamdulillah Ain selamat sampai pukul 3.30 petang di Stesen Triang. Ayah Ain lama da menunggu siap boleh lepak – lepak ka bawah pokok dekat dengan Stesen Triang... Bagi Ain trip pergi Kelantan yang ni paling best !!! sebab dapat naik keretapi.  Sebelum ni naik bas ekspres je. Mungkin lepas ni naik flight pulak. Inysaalllah kalau dimurahkan rezeki….

Okeh…..kalau bab membebel kemain panjang Ain taip…hehehehe


Monday, July 23, 2012

Perempuan Neraka

Assalamualaikum

perempuan neraka


Masih belum terlambat lagi ain nak berkongsi tentang drama dalam slot Cerekarama TV3 baru-baru ni yang bertajuk Perempuan Neraka. Banyak reaksi yang ain tengok dalam FB. Drama yang sarat dengan mesej untuk kita sebagai WANITA. Tahniah kepada mereka yang terlibat dalam penghasilan drama tersebut.

Semoga kita dijauhkan dari menjadi seperti isteri Fizz Fairuz ( tak ingat nama watak dia) dalam drama tu. Terlalu mengejar DUIT sampai tanggungjawab untuk suami diabaikan. Suami sakit tak amik kisah, makan minum apetah lagi, rumah besar tapi suami pergi kerja naik motor. Haishhh….GERAM !!! Anak dia pun lebih kurang macam mak.

Lagi 1 watak wanita pengurus kilang plastik tempat kerja Fizz Fairuz. Suami nya pulak pekerja bawahan PION kalau ain tak silap. Tapi sempat kembali ke jalan yang betul. Banyak yang terjadi macam drama ni sekarang. Itu mujur suami bekerja, ada yang suami tak bekerja. Tanggungjawab mencari rezeki terletak pada bahu isteri. Dunia akhir zaman ni macam-macam yang terjadi.  

Kesimpulannya, sebagai suami didiklah isteri & anak-anak dengan didikan agama yang cukup kerana suami adalah IMAM dalam sesebuah keluarga. Sebagai lelaki yang akan menjadi ketua keluarga penuhkan diri dengan ilmu agama yang cukup.

Jom sama – sama kita memperbaiki diri dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ni 
kerana 1 kebaikan yang kita buat akan digandakan ganjarannya…Elakkan diri dari melakukan kejahatan kerana 1 kejahatan/keburukan akan digandakan balasannya.

Wallahualam

Friday, July 20, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan

Assalamualaikum

Alhamdulillah esok seluruh muslimin &  muslimat akan mula menunaikan ibadah puasa. Ibadah puasa bukan sahaja menuntut kita untuk menahan makan & minum dari terbit fajar hingga tenggelam matahari, malah segala anggota tubuh juga harus dijaga untuk mengelakkan kita dari melakukan perkara yang akan membawa kepada keburukan.

Kita juga digalakkan untuk meningkatkan amal ibadah kerana ganjarannya pasti ADA & BANYAK untuk mereka yang melakukannya. Syaitan telah diiikat  sepanjang Ramadhan & ini merupakan peluang untuk umat islam melakuan ibadah dengan lebih tenang. Ramadhan juga merupakan bulan yang dapat mendidik kita untuk lebih sabar dalam segala urusan.

Selamat menunaikam ibadah puasa dari ain. Semoga kita memanfaatkan bulan yang penuh barakah ini Insyaallah (^_^)

"Ramadhan bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmat, di tengah-tengahnya maghfirah dan di hujungnya kebebasan dari api Neraka" I LUV ISLAM



Monday, July 16, 2012

Kisah Di Sebalik Mimpi

Assalamualaikum


Kebiasaannya bila bercerita tentang topik mimpi, pasti banyak pendapat akan keluar kan. Sejauh mana kita menilai mimpi yang pernah kita alami ???

Okey ….bagi ain tidak semua mimpi yang kita alami ada petanda disebaliknya. Mungkin mainan tidur. Namun, ada sesetengah peristiwa dapat memberi petunjuk kepada sesuatu.  Jommmm ain share

  • Mimpi ikan
ikan



Mimpi ikan ni selalunya berlaku pada mak ain. Setiap kali adik-beradik ain dok tunggu result exam, mak akan dapat mimpi.  

Waktu akak ain tunggu result SPM, mak pernah mimpi berada kat kawasan sungai. Waktu tu mak dapat tangkap ikan besar-besar. Tak lama lepas tu, result SPM akak keluar…Alhamdulillah dapat titile Best Student kat sekolah untuk tahun tu.

Waktu ain tunggu result SPM pun mak mimpi yang ikan jugak, mak mimpi tangkap ikan besar & ikan kecil....Bila amik result,  result ain ada A , B & C.  (^_^)

Sama jugak dengan adik ain yang bongsu, sebelum result UPSR keluar mak ain mimpi lalu dekat sebatang sungai yang penuh dengan ikan besar-besar.  Bila tiba hari ambil result, dia dapat 5A.

  • Mimpi Lembaga Putih

Haaa ni agak seramm….akak ain pernah alami mimpi ni. Dia mimpi ada lembaga putih pakai telekung nak masuk melalui pintu depan rumah dia. Dalam mimpi tu, ain pun termasuk jugak…hehehe. Akak, ain &  adik cuba tahan pintu supaya lembaga tu tak dapat masuk. Bila akak tersedar dia rasa sakit bahagian bahu. Waktu akak terjaga  pulak area pukul 2-3 pagi. Mimpi tu berulang-ulang dan tak lama lepas tu dia demam teruk. Waktu akak cerita kisah mimpi dia pada mak & ain….terus seram sejuk je ain.

So, agak-agak ada kaitan tak mimpi & keadaan kesihatan akak ??? Mungkin ada….mungkin kebetulan. Apa yang ain dapat share kat sini, kalau waktu magrib elakkan ada di luar rumah. Kalau kita jenis yang bekerja pulak, biasanya sampai rumah dah senja macam mana ???  Apa yang ain amalkan ialah baca kali  ayat Kursi.  Inysaallah dapat mengelakkan kita dari sebarang gangguan.

Okeyyyy……setelah lama ain tak mimpi pelik-pelik, baru – baru ni ain mimpi 2 kali. Tapi mimpi berlainan. Yang mula-mula ain mimpi lalu dekat satu kawasan sungai yang dah kering. Sunyi je kat situ. 2 hari lepas tu, ain mimpi nak seberang jambatan, tapi jampatan tu dah putus. Cuma ada kayu yang terapung di tengah – tengah jambatan, tapi tak bersambung dengan jambatan. Haaaaa…….. ain cerita la kat mak. Mak ain pun dapat mimpi jugak, mak ain mimpi lalu dekat kawasan sungai yang jernih tapi tak ada seekor pun ikan dalam sungai tu. Mak terus dapat agak. Sebelum ni ain ada pergi temuduga di sebuah badan berkanun, mungkinkah ????? Wallahualam……

Pesanan ain sekiranya kita tersedar selepas mimpi sesuatu yang tidak elok, cepat – cepat meludah ke arah di kiri dan kanan. Tak perlu kuat – kuat. Kemudain beristighfar banyak-banyak, cepat – cepat pergi ambil wuduk & buat apa yang patut. 

JANGAN TERLALU PERCAYA PADA SESUATU SEHINGGA MEMBAWA KEPADA PERASAAN TAKSUB YE !!!

Saturday, July 14, 2012

Wedding Irma Hasmie & Redza – So Sweeeeet (^_^)

Assalamualaikum

Irma Hasmie & Redza


Walaupun majlis perkahwinan Irma Hasmie & Redza da lama berlalu. Ain tak jemu-jemu tengok gambar diorang berdua. Korang macam mana ???

Sejuk je mata memandang. Seyesss !!!  Bukan ain aje yang rasa macam tu…kawan-kawan ain pun sama macam ain…diorang tak jemu tengok. 

Tak cukup dengan tengok gambar, ain search pulak  video majlis pernikahan diorang. One word yang ain dapat describe. SEBAK. Sangat tenang majlisnyer, Irma pakai tudung labuh menutup dada, baju pun tak ikut bodyshape, gadis yang bawa dulang hantaran pun semuanya berpakaian yang sejuk mata memandang. Bagi ain ini adalah antara majlis perkahwinan artis di Malaysia yang boleh dijadikan contoh. 3 kali ain ulang video ni, setiap kali ain tengok, mesti sebak.   
~ Perempuan yang Baik untuk Lelaki yang Baik ~
Jom tengok lagi…..background lagu pun sedap je didengar KAN KAN KAN….
Wassalam

Belajar Untuk Bersyukur

Assalamualaikum

 “Belajar untuk bersyukur & jangan terlalu banyak mengeluh”. Satu pesanan yang cukup mendalam untuk ain. Terus buat ain tanya pada diri “Apa yang aku kejar dalam hidup ni ???” Kesenangan ? Kemewahan ?  Susah sangat ke hidup sekarang ? Mungkin ain tak perasan perubahan dalam diri ain sekarang.  Terlalu mengejar kesempurnaan.  Sedangkan kita adalah hamba-Nya yang banyak kelemahan dan kekurangan. Kita tidak mampu memiliki segalanya. Sebaliknya kita perlu menghargai apa yang kita miliki sekarang. Mungkin itu yang semakin kurang dalam diri sejak kebelakangan ni.
bersyukur
Bersykurlah 

Kita adalah hamba Nya dan seringkali diuji. Ujian tu datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang diuji dengan kesenangan, kesusahan, kesakitan dan banyak lagi. Itu semua adalah sebagai pengukur sejauh mana kita bersyukur dengan apa yang Dia beri pada kita.

Jika dibandingkan dengan orang yang susah, ain tidak lah sesukar mereka untuk mengharung kehidupan ni.  Masih lagi cukup makan dan pakai. Kerja pun ada. Tetapi jika dibandingkan dengan orang yang lebih senang, ain banyak kekurangannya. Bila diuji, terasa diri ni tak mampu untuk menghadapinya. Itu yang buat ain banyak mengeluh. Ain  jadi tamak untuk memiliki segala yang di impikan. Ingin sempurna dari semua aspek. 

Pesanan Ain, jangan sesekali kita mengeluh dengan ujian yang sedang kita hadapi, hadapi ujian dengan penuh kesabaran kerana pasti ada hikmah disebalik ujian itu. Allah tidak akan memberi sesuatu tanpa menguji kita terlebih dahulu. Banyakkan amalan agar ketenangan dapat mengusir segala kegelisahan yang ada dalam hati kita. Itu yang akan mendidik hati untuk menjadikan kita lebih bersyukur. 

Ya Allah…..Ain bersyukur dengan apa yang engkau telah berikan pada ain sekarang.  Alhamdulillah…

p/s : Ain sangat berterima kasih pada empunya diri yang menegur ain.  Kalau tidak ain akan leka & terus dengan sikap yang banyak mengeluh.

Wassalam

Sunday, June 10, 2012

Jalan - jalan ke Negeri Cik Siti Wan Kembang - Part 2

Assalamualaikum

Jomm…..Ain sambung lagi kisah pergi Kelantan, 26 haribulan pagi tu Ain keluar lebih kurang pukul 8 pagi. Misi nyer nak amik Zaim dekat stesen bas KB & pergi pasar Siti Khadijah. Waktu Ain sampai kat pasar banyak kedai yang dah buka. Tingkat bawah la. Tingkat atas belum lagi. Kat sini Ain suke tengok orang melayu berniaga. Persaingan sihat. Walaupun barang yang dijual lebih kurang sama, tapi aman je suasananya. Mungkin masing-masing ada pelanggan nyer.  Tak perlu nak dengki  &  gaduh –gaduh. I likeee.  Ain dengan  akak sempat la beli lauk, sayur bagai & tak dilupakan Beras Siam nak bawa balik Pahang nanti. Fengsannn ain…  9KG tu nak bawa balik.  

Zaim sampai lebih kurang pukul 9.00 pagi. Jauh tu dari Johor, 12 jam perjalanan.  Balik rehat-rehat jap lepas tu siap-siap pergi rumah Azi dekat Pasir Mas. Sempat la Ain amik gambar Azi waktu majlis tu. Walaupun tak berapa nak cantik. Ada juga untuk kenangan. 


Azie & kaler purple memang tak dapat dipisahkan...



 3 of us Ejan, Ain & Zaim....tahun depan kita tengok turn siapa pulak ^_^ 


Neh Aida...sempat tido sementara tunggu Azie bersiap .....hehehe 






Berseri-seri  korang berdua ye Azie & Adri......

Semoga ikatan yang terjalin kekal di dunia & akhirat...Insyaallah


Untuk wedding Azie nih, family Azie adakan majlis kesyukuran. Haaaaa…. Kalau orang luar macam Ain mesti tertanya-tanya kan ada beza ke Majlis Kesyukuran dengan Majlis Perkahwinan ???  Jawapannyer ADA. Biasanya Majlis Kesyukuran tak ada orang bagi duit. Bawa hadiah je. Biasa kat tempat Ain panggil “Salam Kaut”.

Kitorang balik dalam pukul 3.00 petang sebab Zaim nak naik bas pukul 7.00 malam nanti. Kesian Zaim dapat rehat kejap je pastu nak balik Johor plak. On da way balik tu singgah pekan Pasir Mas beli pauh @ mangga. Memang berbaloi….besau-besau pauhnyer….. murah plak tu. Tak tau la berapa kilo beli,  yang pasti senget la bahu nak memikul balik nanti. Lepas ni comfirm stahun tak makan pauh dah. Hehehe

Balik je rumah rehat-rehat dulu. Dalam pukul 6.30 gerak hantar Zaim naik bas. Lepas Zaim naik bas kitorang gerak g MYDIN. Hehehe…jalan jauh-jauh g MYDIN je. Ape salahnyer kan,  nak jalan jauh-jauh jam. Pergi yang dekat je. Ada 1 lagi yang Ain suke dekat Kelantan nih. Waktu  Ain jalan-jalan dalam MYDIN, tiba-tiba ada pengumuman masuk waktu Isyak & diumumkan bila waktu azan sedang berkumandang semua kaunter akan berhenti sekejap beroperasi untuk memberi laluan azan.  Lagi satu kalau hari Jumaat, time orang pergi solat Jumaat kebanyakan kedai akan tutup untuk memberi laluan solat jumaat. Kat tempat lain  tak de. Bagusnyer kalau ada kat tempat lain selain Kelantan.  Tak la leka shopping je sampai lewatkan waktu solat.

Sebelum balik rumah, kitorang isi perut dulu kat Restoran Seafood, makanan nyer boleh tahan sedap tapi manisss..hehehe. Tomyam pun manis.  Xpela janji dapat isi perut. Yang penting sotong celup tepung nyer rangup. Krapp krupp dalam mulut.  BEST !!! Banyak plak tu. Nyumm nyummm.

Sampai je rumah, Ain packing barang nak gerak balik pagi esoknyer. Mak pulak siapkan bahan – bahan nak buat nasi lemak untuk bekal pagi esok. Ain n mak balik naik keretapi.  Nak cari pengalaman naik keretapi. Walaupun rasa x pernah naik keretapi tapi mak kata Ain pernah naik keretapi  waktu kecil-kecil dulu.  

Nanti Ain sambung entri pasal pengalaman naik keretapi plak.  Da macam drama berepisod. Pergi 3 hari je, cerita nyer kemain panjang kan. Hehehe