Friday, February 17, 2012

Zaman Dulu-dulu


Assalamuaaikum

Harini tiba-tiba teringat  zaman kanak-kanak ribena. Dulu-dulu especially gegirl ape yang korang suka main??? Mesti banyak kan. Compare dengan budak zaman sekarang sangat berbeza kan. Game pun da hitech semua. Ain dulu suka outdoor game. Lets cekidaut….mainan yang Ain selalu main. 

·        Lompat getah.
Ni aktiviti Ain dengan kawan-kawan paling suka. Selalu nyer game ni Ain main sebelum start kelas agama KAFA. Excited betul Ain dengan kawan-kawan kumpul getah bulat untuk disambung jadi panjang. Selalunyer kalau main game ni dalam kumpulan yang best. Ade step-step game ni, start dari Zero Point.

·        Konda-kondi.
Game ni pun best jugak, gali lubang, lepastu cari 2 batang kayu. 1 letak melintang pada lubang yang di gali tadi. Lagi 1 kayu guna untuk tolak kayu yang melintang pada lubang. Lepas kita tolak kayu tu, pukul lebih kurang macam main besbol giteww. Lagi jauh kayu tu terbang lagi besar la peluang nak menang. TAPI jangan jauh sangat, takut tak jumpa pulak kayu tu. 

·        Simpan daun Setawar dalam buku lepas tu bertukar jadi Duit !!!!
Ni Korang pernah tak dengar??? Ain pun tak ingat dari mana datang nyer motis nih, tapi itula yang Ain pernah buat dengan kawan-kawan. Cari pokok setawar kat belakang sekolah, lepastu simpan dalam buku. Simpan lama-lama lepastu akan bertukar jadi duit. Hahhhh!!! Agak –agak jadi apa ?  Kalau nak tau cuba buat. 

·        Kutip Daun Pokok Duit-duit. 
Kenal x pokok duit-duit ??? Yang bulat-bula kaler hijau. Daun duit-duit ni la yang Ain guna untuk main jual-jual. Kalau beso duitnyer, beso la nilainyer. Siapa yang paling banyak duit. Dia la yang kaya. Hihihi

·        Main Teng-teng
Ni game melompat lak. Ain tak pernah menang rasenyer game ni. Kakiku pendek. Lompat setakat 2-3 petak boleh lagi. Kalau 5-6 petak mau tumbang, sebab guna sebelah kaki kan. Nak tunduk bagai amik batu. Memang semput.

Banyak lagi game yang Ain selalu main - Batu Seremban, Galah Panjang, Congkak, Pemadam Gasing, Tiup Lidi, Jentik Tudung Botol. Mungkin kebanyakan sebaya dengan Ain yang lahir era 80-an tahu kebanyakan outdoor game ni.

Wassalam ^_^





No comments:

Post a Comment