Monday, July 16, 2012

Kisah Di Sebalik Mimpi

Assalamualaikum


Kebiasaannya bila bercerita tentang topik mimpi, pasti banyak pendapat akan keluar kan. Sejauh mana kita menilai mimpi yang pernah kita alami ???

Okey ….bagi ain tidak semua mimpi yang kita alami ada petanda disebaliknya. Mungkin mainan tidur. Namun, ada sesetengah peristiwa dapat memberi petunjuk kepada sesuatu.  Jommmm ain share

  • Mimpi ikan
ikan



Mimpi ikan ni selalunya berlaku pada mak ain. Setiap kali adik-beradik ain dok tunggu result exam, mak akan dapat mimpi.  

Waktu akak ain tunggu result SPM, mak pernah mimpi berada kat kawasan sungai. Waktu tu mak dapat tangkap ikan besar-besar. Tak lama lepas tu, result SPM akak keluar…Alhamdulillah dapat titile Best Student kat sekolah untuk tahun tu.

Waktu ain tunggu result SPM pun mak mimpi yang ikan jugak, mak mimpi tangkap ikan besar & ikan kecil....Bila amik result,  result ain ada A , B & C.  (^_^)

Sama jugak dengan adik ain yang bongsu, sebelum result UPSR keluar mak ain mimpi lalu dekat sebatang sungai yang penuh dengan ikan besar-besar.  Bila tiba hari ambil result, dia dapat 5A.

  • Mimpi Lembaga Putih

Haaa ni agak seramm….akak ain pernah alami mimpi ni. Dia mimpi ada lembaga putih pakai telekung nak masuk melalui pintu depan rumah dia. Dalam mimpi tu, ain pun termasuk jugak…hehehe. Akak, ain &  adik cuba tahan pintu supaya lembaga tu tak dapat masuk. Bila akak tersedar dia rasa sakit bahagian bahu. Waktu akak terjaga  pulak area pukul 2-3 pagi. Mimpi tu berulang-ulang dan tak lama lepas tu dia demam teruk. Waktu akak cerita kisah mimpi dia pada mak & ain….terus seram sejuk je ain.

So, agak-agak ada kaitan tak mimpi & keadaan kesihatan akak ??? Mungkin ada….mungkin kebetulan. Apa yang ain dapat share kat sini, kalau waktu magrib elakkan ada di luar rumah. Kalau kita jenis yang bekerja pulak, biasanya sampai rumah dah senja macam mana ???  Apa yang ain amalkan ialah baca kali  ayat Kursi.  Inysaallah dapat mengelakkan kita dari sebarang gangguan.

Okeyyyy……setelah lama ain tak mimpi pelik-pelik, baru – baru ni ain mimpi 2 kali. Tapi mimpi berlainan. Yang mula-mula ain mimpi lalu dekat satu kawasan sungai yang dah kering. Sunyi je kat situ. 2 hari lepas tu, ain mimpi nak seberang jambatan, tapi jampatan tu dah putus. Cuma ada kayu yang terapung di tengah – tengah jambatan, tapi tak bersambung dengan jambatan. Haaaaa…….. ain cerita la kat mak. Mak ain pun dapat mimpi jugak, mak ain mimpi lalu dekat kawasan sungai yang jernih tapi tak ada seekor pun ikan dalam sungai tu. Mak terus dapat agak. Sebelum ni ain ada pergi temuduga di sebuah badan berkanun, mungkinkah ????? Wallahualam……

Pesanan ain sekiranya kita tersedar selepas mimpi sesuatu yang tidak elok, cepat – cepat meludah ke arah di kiri dan kanan. Tak perlu kuat – kuat. Kemudain beristighfar banyak-banyak, cepat – cepat pergi ambil wuduk & buat apa yang patut. 

JANGAN TERLALU PERCAYA PADA SESUATU SEHINGGA MEMBAWA KEPADA PERASAAN TAKSUB YE !!!

No comments:

Post a Comment