Sunday, June 10, 2012

Jalan - jalan ke Negeri Cik Siti Wan Kembang - Part 2

Assalamualaikum

Jomm…..Ain sambung lagi kisah pergi Kelantan, 26 haribulan pagi tu Ain keluar lebih kurang pukul 8 pagi. Misi nyer nak amik Zaim dekat stesen bas KB & pergi pasar Siti Khadijah. Waktu Ain sampai kat pasar banyak kedai yang dah buka. Tingkat bawah la. Tingkat atas belum lagi. Kat sini Ain suke tengok orang melayu berniaga. Persaingan sihat. Walaupun barang yang dijual lebih kurang sama, tapi aman je suasananya. Mungkin masing-masing ada pelanggan nyer.  Tak perlu nak dengki  &  gaduh –gaduh. I likeee.  Ain dengan  akak sempat la beli lauk, sayur bagai & tak dilupakan Beras Siam nak bawa balik Pahang nanti. Fengsannn ain…  9KG tu nak bawa balik.  

Zaim sampai lebih kurang pukul 9.00 pagi. Jauh tu dari Johor, 12 jam perjalanan.  Balik rehat-rehat jap lepas tu siap-siap pergi rumah Azi dekat Pasir Mas. Sempat la Ain amik gambar Azi waktu majlis tu. Walaupun tak berapa nak cantik. Ada juga untuk kenangan. 


Azie & kaler purple memang tak dapat dipisahkan...



 3 of us Ejan, Ain & Zaim....tahun depan kita tengok turn siapa pulak ^_^ 


Neh Aida...sempat tido sementara tunggu Azie bersiap .....hehehe 






Berseri-seri  korang berdua ye Azie & Adri......

Semoga ikatan yang terjalin kekal di dunia & akhirat...Insyaallah


Untuk wedding Azie nih, family Azie adakan majlis kesyukuran. Haaaaa…. Kalau orang luar macam Ain mesti tertanya-tanya kan ada beza ke Majlis Kesyukuran dengan Majlis Perkahwinan ???  Jawapannyer ADA. Biasanya Majlis Kesyukuran tak ada orang bagi duit. Bawa hadiah je. Biasa kat tempat Ain panggil “Salam Kaut”.

Kitorang balik dalam pukul 3.00 petang sebab Zaim nak naik bas pukul 7.00 malam nanti. Kesian Zaim dapat rehat kejap je pastu nak balik Johor plak. On da way balik tu singgah pekan Pasir Mas beli pauh @ mangga. Memang berbaloi….besau-besau pauhnyer….. murah plak tu. Tak tau la berapa kilo beli,  yang pasti senget la bahu nak memikul balik nanti. Lepas ni comfirm stahun tak makan pauh dah. Hehehe

Balik je rumah rehat-rehat dulu. Dalam pukul 6.30 gerak hantar Zaim naik bas. Lepas Zaim naik bas kitorang gerak g MYDIN. Hehehe…jalan jauh-jauh g MYDIN je. Ape salahnyer kan,  nak jalan jauh-jauh jam. Pergi yang dekat je. Ada 1 lagi yang Ain suke dekat Kelantan nih. Waktu  Ain jalan-jalan dalam MYDIN, tiba-tiba ada pengumuman masuk waktu Isyak & diumumkan bila waktu azan sedang berkumandang semua kaunter akan berhenti sekejap beroperasi untuk memberi laluan azan.  Lagi satu kalau hari Jumaat, time orang pergi solat Jumaat kebanyakan kedai akan tutup untuk memberi laluan solat jumaat. Kat tempat lain  tak de. Bagusnyer kalau ada kat tempat lain selain Kelantan.  Tak la leka shopping je sampai lewatkan waktu solat.

Sebelum balik rumah, kitorang isi perut dulu kat Restoran Seafood, makanan nyer boleh tahan sedap tapi manisss..hehehe. Tomyam pun manis.  Xpela janji dapat isi perut. Yang penting sotong celup tepung nyer rangup. Krapp krupp dalam mulut.  BEST !!! Banyak plak tu. Nyumm nyummm.

Sampai je rumah, Ain packing barang nak gerak balik pagi esoknyer. Mak pulak siapkan bahan – bahan nak buat nasi lemak untuk bekal pagi esok. Ain n mak balik naik keretapi.  Nak cari pengalaman naik keretapi. Walaupun rasa x pernah naik keretapi tapi mak kata Ain pernah naik keretapi  waktu kecil-kecil dulu.  

Nanti Ain sambung entri pasal pengalaman naik keretapi plak.  Da macam drama berepisod. Pergi 3 hari je, cerita nyer kemain panjang kan. Hehehe  

Tuesday, June 5, 2012

Jalan - jalan ke Negeri Cik Siti Wan Kembang - Part 1

Assalamualaikum

kelantan



Hari ni Ain share sikit tentang trip ke Kelantan bari-baru ni. Alkisahnyer  bermula pada 24 Mei ritu. Tujuan utamanyer nak pergi wedding Azie. BFF sejak zaman Diploma lagi. Memang excited la  sebab Azi siap datang umah n bagi kad jemputan bagai.  Walaupun jauh ku tetap pergi. Hihihi. Ain pergi dengan mak.  Mak bile dengar je nak pergi Kelantan suke benor. Macam-macam benda yang  dia da mula fikir  nak beli. Perjalanan kami pukul 9.30 malam dari Temerloh. Petang tu balik je dari kerja terus gerak. Dengan penatnyer, baju mane yang sempat amik je.  Kalau lambat kene tinggal bas la jawabnyer. Kalau dekat boleh la speed to the max kan nak kejar bas. 



Neh bus yang ain naik dari Temerloh...Klate ambo mariiiiii ( betul ke sebutan nih...macam pelik je )

Sampai Temerloh Ain & mak makan dulu. Nak jalan jauh  Perut harus diisi. Buatnyer meroyan  perut ni dalam bas, kene tahan je la sementara tunggu bus berhenti kat kedai makan....selalunyer pertengahan perjalanan baru bus berhenti. Untuk mengelakkan mersakit perut jangan la makan pedas-pedas, juz makan sekadar untuk alas perut. BAHAYA TAU !!! Kalau sakit perut dalam bas susah pulak nak cari tandas. Haissshhhh minta dijauhkan.

Ain sampai lebih kurang pukul 5.50 pagi. Awal jugak tu. Sebab lalu 3 buah negeri (Pahang – Terengganu – Kelantan).  Lepas siap-siap solat rehat jap. Nak amik Ejan pulak.  Lebih kurang pukul 7.30 pagi ejan sampai. Lepas amik Ejan kitorang beli makanan untuk saparan. Di Kelantan ni selalu nyer sarapan makanan berat. Kalau orang yang tak biasa dengan makanan berat waktu pagi rasa lain la sikit. Tapi Ain ok aje. Selalu menu untuk sarapan dekat Klate ni ade Nasi Berlauk, Nasi Dagang, Nasi Lemak & Nasi Kerabu.

Cite pasal jemput Ejan ni ade 1 insiden sebenarnyer  yang terjadi. Takde kaitan ngan Ain pun.  Tapi terbabit la bagai. Beg baju Ejan tertinggal dalam bas !!!! Die siap boleh lenggang kangkung je jalan. Pastu bila die nampak orang bawa beg, baru die teringat beg die. Hahhh..bas da jalan.  Macam mane 2 ??? Kalu Ain da nanges kat situ jugak. Tapi Ejan ni jenis cool je. Memang Ejan bernasib baik hari tu sebab dekat belakang tiket bas die ade cop No telefon kaunter tiket. Ejan call then staff kaunter  tu suh Ejan amik beg die dekat Depoh bas kul 10.00 pagi. Kat mane ???Kat Bengkel.. Mujur akak Ain tau. Lega…kalau x sehelai sepinggang la Ejan, pinjam baju Ain boleh aje tp beso la. Hihihihi

Okehhh…lepas sarapan, rehat-rehat jap. Hilang kan penat naik bas malam tadi. Sempat jugak la Ain melelap kan mata sampai  tengahari. Haha… Akak Ain lak keluar pergi HUSM settle kan report oncall, then amik beg Ejan & terus  beli lauk untuk masak  tengahari nanti. Mak Ain & Ejan yang masak. Menu utama Udang masak lemak cili padi. Memang sodap…udang nyer besau – besau.  Mak Ain siap puji Ejan lagi rajin dok dapur. Kalu bagitau sure Ejan kembang semangkuk. 

Petang nyer pulak kitorang keluar shopping, destinasinyer KB Mall. Ain pun nak cari baju untuk wedding Azie nanti & beli hadiah Azie sekali.  Kat Kelantan ni baju kurung memang banyak. Senang nak cari dan banyak pilihan. Yang lip lap lip lap pun banyak. Suke betul tengok. Kat tempat Ain tak banyak. Kalau ada pun nak cari saiz Ain plak payah. Ain neh terlebih sehat .  Sebab ape Ain kata senang nak cari baju kurung kat Kelantan ni, kebanyakan wanita kat sini pakai baju kurung. Even menjual kat pasar ikan pun pakai baju kurung.  

Lepas masing-masing da shopping kitorang pergi pasar malam depan HUSM. Nak pergi tempat lain jalan sesak. Nak pulak cuti sekolah da mula. Trafik  Jamm teruk okehhh.  Kat pasar malam ni kitorang shopping lagi. Hihihi…beli tudung pulak. Memborong sakan Ain dengan Ejan sebab murah. Shopping memang tak dapat dipisahkan dengan orang pompuan kan. Siap shopping, kitorang balik terus. Mula-mula plan nak pergi majlis nikah Azie malam tu. Tapi akak Ain penat. Sian lak. Rehat je kat rumah. Topup tenaga untuk pergi wedding Azie  esoknyer. 

Fuh  !!!! panjang bebelan harini. Ain sambung lagi nanti.  Bye (^_^)