Friday, July 20, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan

Assalamualaikum

Alhamdulillah esok seluruh muslimin &  muslimat akan mula menunaikan ibadah puasa. Ibadah puasa bukan sahaja menuntut kita untuk menahan makan & minum dari terbit fajar hingga tenggelam matahari, malah segala anggota tubuh juga harus dijaga untuk mengelakkan kita dari melakukan perkara yang akan membawa kepada keburukan.

Kita juga digalakkan untuk meningkatkan amal ibadah kerana ganjarannya pasti ADA & BANYAK untuk mereka yang melakukannya. Syaitan telah diiikat  sepanjang Ramadhan & ini merupakan peluang untuk umat islam melakuan ibadah dengan lebih tenang. Ramadhan juga merupakan bulan yang dapat mendidik kita untuk lebih sabar dalam segala urusan.

Selamat menunaikam ibadah puasa dari ain. Semoga kita memanfaatkan bulan yang penuh barakah ini Insyaallah (^_^)

"Ramadhan bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmat, di tengah-tengahnya maghfirah dan di hujungnya kebebasan dari api Neraka" I LUV ISLAM



No comments:

Post a Comment