Monday, July 23, 2012

Perempuan Neraka

Assalamualaikum

perempuan neraka


Masih belum terlambat lagi ain nak berkongsi tentang drama dalam slot Cerekarama TV3 baru-baru ni yang bertajuk Perempuan Neraka. Banyak reaksi yang ain tengok dalam FB. Drama yang sarat dengan mesej untuk kita sebagai WANITA. Tahniah kepada mereka yang terlibat dalam penghasilan drama tersebut.

Semoga kita dijauhkan dari menjadi seperti isteri Fizz Fairuz ( tak ingat nama watak dia) dalam drama tu. Terlalu mengejar DUIT sampai tanggungjawab untuk suami diabaikan. Suami sakit tak amik kisah, makan minum apetah lagi, rumah besar tapi suami pergi kerja naik motor. Haishhh….GERAM !!! Anak dia pun lebih kurang macam mak.

Lagi 1 watak wanita pengurus kilang plastik tempat kerja Fizz Fairuz. Suami nya pulak pekerja bawahan PION kalau ain tak silap. Tapi sempat kembali ke jalan yang betul. Banyak yang terjadi macam drama ni sekarang. Itu mujur suami bekerja, ada yang suami tak bekerja. Tanggungjawab mencari rezeki terletak pada bahu isteri. Dunia akhir zaman ni macam-macam yang terjadi.  

Kesimpulannya, sebagai suami didiklah isteri & anak-anak dengan didikan agama yang cukup kerana suami adalah IMAM dalam sesebuah keluarga. Sebagai lelaki yang akan menjadi ketua keluarga penuhkan diri dengan ilmu agama yang cukup.

Jom sama – sama kita memperbaiki diri dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ni 
kerana 1 kebaikan yang kita buat akan digandakan ganjarannya…Elakkan diri dari melakukan kejahatan kerana 1 kejahatan/keburukan akan digandakan balasannya.

Wallahualam

Friday, July 20, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan

Assalamualaikum

Alhamdulillah esok seluruh muslimin &  muslimat akan mula menunaikan ibadah puasa. Ibadah puasa bukan sahaja menuntut kita untuk menahan makan & minum dari terbit fajar hingga tenggelam matahari, malah segala anggota tubuh juga harus dijaga untuk mengelakkan kita dari melakukan perkara yang akan membawa kepada keburukan.

Kita juga digalakkan untuk meningkatkan amal ibadah kerana ganjarannya pasti ADA & BANYAK untuk mereka yang melakukannya. Syaitan telah diiikat  sepanjang Ramadhan & ini merupakan peluang untuk umat islam melakuan ibadah dengan lebih tenang. Ramadhan juga merupakan bulan yang dapat mendidik kita untuk lebih sabar dalam segala urusan.

Selamat menunaikam ibadah puasa dari ain. Semoga kita memanfaatkan bulan yang penuh barakah ini Insyaallah (^_^)

"Ramadhan bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmat, di tengah-tengahnya maghfirah dan di hujungnya kebebasan dari api Neraka" I LUV ISLAM



Monday, July 16, 2012

Kisah Di Sebalik Mimpi

Assalamualaikum


Kebiasaannya bila bercerita tentang topik mimpi, pasti banyak pendapat akan keluar kan. Sejauh mana kita menilai mimpi yang pernah kita alami ???

Okey ….bagi ain tidak semua mimpi yang kita alami ada petanda disebaliknya. Mungkin mainan tidur. Namun, ada sesetengah peristiwa dapat memberi petunjuk kepada sesuatu.  Jommmm ain share

  • Mimpi ikan
ikan



Mimpi ikan ni selalunya berlaku pada mak ain. Setiap kali adik-beradik ain dok tunggu result exam, mak akan dapat mimpi.  

Waktu akak ain tunggu result SPM, mak pernah mimpi berada kat kawasan sungai. Waktu tu mak dapat tangkap ikan besar-besar. Tak lama lepas tu, result SPM akak keluar…Alhamdulillah dapat titile Best Student kat sekolah untuk tahun tu.

Waktu ain tunggu result SPM pun mak mimpi yang ikan jugak, mak mimpi tangkap ikan besar & ikan kecil....Bila amik result,  result ain ada A , B & C.  (^_^)

Sama jugak dengan adik ain yang bongsu, sebelum result UPSR keluar mak ain mimpi lalu dekat sebatang sungai yang penuh dengan ikan besar-besar.  Bila tiba hari ambil result, dia dapat 5A.

  • Mimpi Lembaga Putih

Haaa ni agak seramm….akak ain pernah alami mimpi ni. Dia mimpi ada lembaga putih pakai telekung nak masuk melalui pintu depan rumah dia. Dalam mimpi tu, ain pun termasuk jugak…hehehe. Akak, ain &  adik cuba tahan pintu supaya lembaga tu tak dapat masuk. Bila akak tersedar dia rasa sakit bahagian bahu. Waktu akak terjaga  pulak area pukul 2-3 pagi. Mimpi tu berulang-ulang dan tak lama lepas tu dia demam teruk. Waktu akak cerita kisah mimpi dia pada mak & ain….terus seram sejuk je ain.

So, agak-agak ada kaitan tak mimpi & keadaan kesihatan akak ??? Mungkin ada….mungkin kebetulan. Apa yang ain dapat share kat sini, kalau waktu magrib elakkan ada di luar rumah. Kalau kita jenis yang bekerja pulak, biasanya sampai rumah dah senja macam mana ???  Apa yang ain amalkan ialah baca kali  ayat Kursi.  Inysaallah dapat mengelakkan kita dari sebarang gangguan.

Okeyyyy……setelah lama ain tak mimpi pelik-pelik, baru – baru ni ain mimpi 2 kali. Tapi mimpi berlainan. Yang mula-mula ain mimpi lalu dekat satu kawasan sungai yang dah kering. Sunyi je kat situ. 2 hari lepas tu, ain mimpi nak seberang jambatan, tapi jampatan tu dah putus. Cuma ada kayu yang terapung di tengah – tengah jambatan, tapi tak bersambung dengan jambatan. Haaaaa…….. ain cerita la kat mak. Mak ain pun dapat mimpi jugak, mak ain mimpi lalu dekat kawasan sungai yang jernih tapi tak ada seekor pun ikan dalam sungai tu. Mak terus dapat agak. Sebelum ni ain ada pergi temuduga di sebuah badan berkanun, mungkinkah ????? Wallahualam……

Pesanan ain sekiranya kita tersedar selepas mimpi sesuatu yang tidak elok, cepat – cepat meludah ke arah di kiri dan kanan. Tak perlu kuat – kuat. Kemudain beristighfar banyak-banyak, cepat – cepat pergi ambil wuduk & buat apa yang patut. 

JANGAN TERLALU PERCAYA PADA SESUATU SEHINGGA MEMBAWA KEPADA PERASAAN TAKSUB YE !!!

Saturday, July 14, 2012

Wedding Irma Hasmie & Redza – So Sweeeeet (^_^)

Assalamualaikum

Irma Hasmie & Redza


Walaupun majlis perkahwinan Irma Hasmie & Redza da lama berlalu. Ain tak jemu-jemu tengok gambar diorang berdua. Korang macam mana ???

Sejuk je mata memandang. Seyesss !!!  Bukan ain aje yang rasa macam tu…kawan-kawan ain pun sama macam ain…diorang tak jemu tengok. 

Tak cukup dengan tengok gambar, ain search pulak  video majlis pernikahan diorang. One word yang ain dapat describe. SEBAK. Sangat tenang majlisnyer, Irma pakai tudung labuh menutup dada, baju pun tak ikut bodyshape, gadis yang bawa dulang hantaran pun semuanya berpakaian yang sejuk mata memandang. Bagi ain ini adalah antara majlis perkahwinan artis di Malaysia yang boleh dijadikan contoh. 3 kali ain ulang video ni, setiap kali ain tengok, mesti sebak.   
~ Perempuan yang Baik untuk Lelaki yang Baik ~
Jom tengok lagi…..background lagu pun sedap je didengar KAN KAN KAN….
Wassalam

Belajar Untuk Bersyukur

Assalamualaikum

 “Belajar untuk bersyukur & jangan terlalu banyak mengeluh”. Satu pesanan yang cukup mendalam untuk ain. Terus buat ain tanya pada diri “Apa yang aku kejar dalam hidup ni ???” Kesenangan ? Kemewahan ?  Susah sangat ke hidup sekarang ? Mungkin ain tak perasan perubahan dalam diri ain sekarang.  Terlalu mengejar kesempurnaan.  Sedangkan kita adalah hamba-Nya yang banyak kelemahan dan kekurangan. Kita tidak mampu memiliki segalanya. Sebaliknya kita perlu menghargai apa yang kita miliki sekarang. Mungkin itu yang semakin kurang dalam diri sejak kebelakangan ni.
bersyukur
Bersykurlah 

Kita adalah hamba Nya dan seringkali diuji. Ujian tu datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang diuji dengan kesenangan, kesusahan, kesakitan dan banyak lagi. Itu semua adalah sebagai pengukur sejauh mana kita bersyukur dengan apa yang Dia beri pada kita.

Jika dibandingkan dengan orang yang susah, ain tidak lah sesukar mereka untuk mengharung kehidupan ni.  Masih lagi cukup makan dan pakai. Kerja pun ada. Tetapi jika dibandingkan dengan orang yang lebih senang, ain banyak kekurangannya. Bila diuji, terasa diri ni tak mampu untuk menghadapinya. Itu yang buat ain banyak mengeluh. Ain  jadi tamak untuk memiliki segala yang di impikan. Ingin sempurna dari semua aspek. 

Pesanan Ain, jangan sesekali kita mengeluh dengan ujian yang sedang kita hadapi, hadapi ujian dengan penuh kesabaran kerana pasti ada hikmah disebalik ujian itu. Allah tidak akan memberi sesuatu tanpa menguji kita terlebih dahulu. Banyakkan amalan agar ketenangan dapat mengusir segala kegelisahan yang ada dalam hati kita. Itu yang akan mendidik hati untuk menjadikan kita lebih bersyukur. 

Ya Allah…..Ain bersyukur dengan apa yang engkau telah berikan pada ain sekarang.  Alhamdulillah…

p/s : Ain sangat berterima kasih pada empunya diri yang menegur ain.  Kalau tidak ain akan leka & terus dengan sikap yang banyak mengeluh.

Wassalam