Monday, July 23, 2012

Perempuan Neraka

Assalamualaikum

perempuan neraka


Masih belum terlambat lagi ain nak berkongsi tentang drama dalam slot Cerekarama TV3 baru-baru ni yang bertajuk Perempuan Neraka. Banyak reaksi yang ain tengok dalam FB. Drama yang sarat dengan mesej untuk kita sebagai WANITA. Tahniah kepada mereka yang terlibat dalam penghasilan drama tersebut.

Semoga kita dijauhkan dari menjadi seperti isteri Fizz Fairuz ( tak ingat nama watak dia) dalam drama tu. Terlalu mengejar DUIT sampai tanggungjawab untuk suami diabaikan. Suami sakit tak amik kisah, makan minum apetah lagi, rumah besar tapi suami pergi kerja naik motor. Haishhh….GERAM !!! Anak dia pun lebih kurang macam mak.

Lagi 1 watak wanita pengurus kilang plastik tempat kerja Fizz Fairuz. Suami nya pulak pekerja bawahan PION kalau ain tak silap. Tapi sempat kembali ke jalan yang betul. Banyak yang terjadi macam drama ni sekarang. Itu mujur suami bekerja, ada yang suami tak bekerja. Tanggungjawab mencari rezeki terletak pada bahu isteri. Dunia akhir zaman ni macam-macam yang terjadi.  

Kesimpulannya, sebagai suami didiklah isteri & anak-anak dengan didikan agama yang cukup kerana suami adalah IMAM dalam sesebuah keluarga. Sebagai lelaki yang akan menjadi ketua keluarga penuhkan diri dengan ilmu agama yang cukup.

Jom sama – sama kita memperbaiki diri dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ni 
kerana 1 kebaikan yang kita buat akan digandakan ganjarannya…Elakkan diri dari melakukan kejahatan kerana 1 kejahatan/keburukan akan digandakan balasannya.

Wallahualam

No comments:

Post a Comment