Sunday, June 10, 2012

Jalan - jalan ke Negeri Cik Siti Wan Kembang - Part 2

Assalamualaikum

Jomm…..Ain sambung lagi kisah pergi Kelantan, 26 haribulan pagi tu Ain keluar lebih kurang pukul 8 pagi. Misi nyer nak amik Zaim dekat stesen bas KB & pergi pasar Siti Khadijah. Waktu Ain sampai kat pasar banyak kedai yang dah buka. Tingkat bawah la. Tingkat atas belum lagi. Kat sini Ain suke tengok orang melayu berniaga. Persaingan sihat. Walaupun barang yang dijual lebih kurang sama, tapi aman je suasananya. Mungkin masing-masing ada pelanggan nyer.  Tak perlu nak dengki  &  gaduh –gaduh. I likeee.  Ain dengan  akak sempat la beli lauk, sayur bagai & tak dilupakan Beras Siam nak bawa balik Pahang nanti. Fengsannn ain…  9KG tu nak bawa balik.  

Zaim sampai lebih kurang pukul 9.00 pagi. Jauh tu dari Johor, 12 jam perjalanan.  Balik rehat-rehat jap lepas tu siap-siap pergi rumah Azi dekat Pasir Mas. Sempat la Ain amik gambar Azi waktu majlis tu. Walaupun tak berapa nak cantik. Ada juga untuk kenangan. 


Azie & kaler purple memang tak dapat dipisahkan...



 3 of us Ejan, Ain & Zaim....tahun depan kita tengok turn siapa pulak ^_^ 


Neh Aida...sempat tido sementara tunggu Azie bersiap .....hehehe 






Berseri-seri  korang berdua ye Azie & Adri......

Semoga ikatan yang terjalin kekal di dunia & akhirat...Insyaallah


Untuk wedding Azie nih, family Azie adakan majlis kesyukuran. Haaaaa…. Kalau orang luar macam Ain mesti tertanya-tanya kan ada beza ke Majlis Kesyukuran dengan Majlis Perkahwinan ???  Jawapannyer ADA. Biasanya Majlis Kesyukuran tak ada orang bagi duit. Bawa hadiah je. Biasa kat tempat Ain panggil “Salam Kaut”.

Kitorang balik dalam pukul 3.00 petang sebab Zaim nak naik bas pukul 7.00 malam nanti. Kesian Zaim dapat rehat kejap je pastu nak balik Johor plak. On da way balik tu singgah pekan Pasir Mas beli pauh @ mangga. Memang berbaloi….besau-besau pauhnyer….. murah plak tu. Tak tau la berapa kilo beli,  yang pasti senget la bahu nak memikul balik nanti. Lepas ni comfirm stahun tak makan pauh dah. Hehehe

Balik je rumah rehat-rehat dulu. Dalam pukul 6.30 gerak hantar Zaim naik bas. Lepas Zaim naik bas kitorang gerak g MYDIN. Hehehe…jalan jauh-jauh g MYDIN je. Ape salahnyer kan,  nak jalan jauh-jauh jam. Pergi yang dekat je. Ada 1 lagi yang Ain suke dekat Kelantan nih. Waktu  Ain jalan-jalan dalam MYDIN, tiba-tiba ada pengumuman masuk waktu Isyak & diumumkan bila waktu azan sedang berkumandang semua kaunter akan berhenti sekejap beroperasi untuk memberi laluan azan.  Lagi satu kalau hari Jumaat, time orang pergi solat Jumaat kebanyakan kedai akan tutup untuk memberi laluan solat jumaat. Kat tempat lain  tak de. Bagusnyer kalau ada kat tempat lain selain Kelantan.  Tak la leka shopping je sampai lewatkan waktu solat.

Sebelum balik rumah, kitorang isi perut dulu kat Restoran Seafood, makanan nyer boleh tahan sedap tapi manisss..hehehe. Tomyam pun manis.  Xpela janji dapat isi perut. Yang penting sotong celup tepung nyer rangup. Krapp krupp dalam mulut.  BEST !!! Banyak plak tu. Nyumm nyummm.

Sampai je rumah, Ain packing barang nak gerak balik pagi esoknyer. Mak pulak siapkan bahan – bahan nak buat nasi lemak untuk bekal pagi esok. Ain n mak balik naik keretapi.  Nak cari pengalaman naik keretapi. Walaupun rasa x pernah naik keretapi tapi mak kata Ain pernah naik keretapi  waktu kecil-kecil dulu.  

Nanti Ain sambung entri pasal pengalaman naik keretapi plak.  Da macam drama berepisod. Pergi 3 hari je, cerita nyer kemain panjang kan. Hehehe  

No comments:

Post a Comment